Labels

Google+ Followers

Saturday, 7 June 2014

RESEPI: ASAM PEDAS AYAM

 
Resepi Asam pedas ala nyonya...

Langkah no 1 (BAHAN NO 1)

1) 1 biji bawang besar

 2) 2 ulas bawang putih

3) segengam cili kering

4) setengah (ibu jari) kunyit hidup

Nota : cili kering direndam dengan air panas dulu sehingga lembut.
            kemudian blend semua no 1 - 4



Langkah ke 2 (BAHAN NO 2)

Pilihan - Ayam/ikan tenggiri/ikan merah/daging

setengah (ibu jari ) halia

2 tangkai daun kesum (ambik daun saja)

2 kuntum bunga kantan (di potong 2)

2 biji tomato size sederhana (di potong 2) - taknak masuk tomato pun buleh

6 biji sayur bende

Langkah ke 3

Pilihan - Ayam/ikan tenggiri/ikan merah/daging


minyak masak

setengah mangkuk air asam jawa


Langkah ke 4 - (Cara- cara memasak)

1)  Panaskan sesenduk minyak masak kedalam periuk, kemudian masukkan (BAHAN NO 1) kacau
     sehingga naik bau (api sederhana) kemudian masukkan setengah mangkuk air asam jawa.

2 ) Masukkan ayam (setengah ekor coz 2 org je nak mkan kann...di potong kecil)

3) biarkan dalam 15 minit (api perlahan)

4) kemudian masuk kan semua bahan (BAHAN NO 2) biarkan selama 3 minit.

4) Siap di hidang....

SELAMAT MENCUBA


petua dapoq

Ulam Kekal Rangup
 


http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRtk93-dTgtDtE4txuxXYV3HeiMs4VTpKO06E7WeYBmh5x9RDVi
Ulam sering dijadikan sebagai menu sampingan yang boleh menaikkan selera makan. Namun, ulam akan menjadi layu sekiranya terdedah terlalu lama.

Oleh itu, bagi mengekalkan kesegaran dan kerangupannya, rendamkan ulam beberapa minit dalam air yang telah dicampurkan dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biar seketika barulah diangkat.



Menghilangkan hanyir hati ayam
 

http://2.bp.blogspot.com/_Jqb1ox43wPI/St00tpYYcxI/AAAAAAAAATc/kjzVwAzwt34/s400/hati+ayam.jpg
Anda mengemari hati ayam? ini petua bagi menghilangkan hanyir dari hati ayam iaitu dengan menggunakan tepung gandum,garam, daun pandan dan sedikit perahan limau purut & limau nipis. Caranya sungguh senang dengan menggaulkan semua bahan-bahan diatas dengan hati ayam dan biarkan selama 20 minit. Kemudian basuh hingga bersih hati ayam tersebut.

Anda boleh menggunakan petua ini untuk ikan-ikan darat. InsyaAllah berjaya cubalah!!



Cara Membasuh Kerang Yang Mudah
 

http://2.bp.blogspot.com/_Jqb1ox43wPI/ScCA8SbuqpI/AAAAAAAAAOU/dXoub0cWUoI/s320/kerang-65x65.gif
Ambil pangkal pelepah daun pisang dan basuh kerang tersebut dengan cara mengosok pada kulit kerang. Anda juga boleh menggunakan daun nenas. Ambil beberapa helai daun nenas kemudian carik-carikkan dan ramas daun nenas pada kerang sehingga hilang segala kekotoran. Hasil kerang anda akan putih bersih dan sedia untuk masak.


 
Melembutkan Daging
 
http://4.bp.blogspot.com/_Jqb1ox43wPI/ScCAmh9LwtI/AAAAAAAAAOM/4wJieFDiBcE/s320/melembutkan-daging-65x65.gif
1. Rebus daging dengan satu cawan air kelapa hingga lembut dan masak daging seperti biasa.

2. Tumbuk halia dan campurkan sedikit garam. Perap bersama daging kira-kira 30 minit. Bilas dan masak daging seperti biasa

3. Isikan beberapa ketil ais ke dalam bekas yang berisi daging dan biar seketika.

4. Rebus daging bersama akar daun pandan. Pastikan akar daun pandan dibasuh terlebih dahulu dan masak daging seperti biasa



Saturday, 10 May 2014

Salmonela pasar malam


 
YAM yang terdedah dan tidak disimpan di bawah suhu sepatutnya mudah terkena bakteria salmonela.
 
 
  _____  
 
ANEKA makanan yang dijual di pasar malam begitu mudah membangkitkan selera namun, risiko untuk terkena keracunan makanan juga tinggi kerana kebersihannya belum pasti terjamin.
Selasa lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, Muhammad Iqbal Rafie Mohd. Ilme, mati akibat keracunan makanan dipercayai selepas memakan ayam goreng yang dibeli oleh ibunya daripada sebuah pasar malam di Terengganu.
Ibu kanak-kanak malang tersebut, Siti Zuraina Mohd. Yusoff, 28, berkata, sebelum kejadian, dia dan anak tunggalnya pergi ke pasar malam tersebut pada pukul 6.30 petang dan membeli ayam goreng, nasi goreng serta air keladi.
Kesemua makanan tersebut dimakan oleh Siti Zuraina sekeluarga.
"Pada pukul 7 pagi keesokan hari, anak dan suami saya mengadu sakit perut dan mengalami cirit-birit. Kami kemudian bergegas ke Klinik Kesihatan Bukit Payung di Marang untuk mendapatkan rawatan," katanya.
Tambah Siti Zuraina, walaupun ubat-ubatan telah diambil, keadaan anak dan suaminya sebaliknya semakin teruk.
"Selepas itu, kami pergi semula ke klinik yang sama. Bagaimanapun, doktor mengatakan keadaan Iqbal semakin teruk hinggakan dia terpaksa menerima bantuan pernafasan.
"Kemudian, Iqbal terus dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zafirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut," ujarnya.
Semasa dalam perjalanan ke hospital tersebut, Siti Zuraina menyedari nadi anaknya telah tiada manakala keadaan suaminya masih lemah. Muhammad Iqbal disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 petang sewaktu dalam perjalanan ke HSNZ.
Sebenarnya keracunan makanan tersebut bukan sahaja berlaku kepada keluarga Siti Zuraina malah melibatkan berpuluh-puluh penduduk tempatan lain pada hari kejadian.
 
SITI ZURAINA dan suaminya, Mohd. Ilme menunjukkan gambar Muhammad Iqbal yang maut akibat keracunan salmonela di Terengganu baru-baru ini.
Difahamkan, rata-rata mereka mengalami simptom keracunan makanan iaitu muntah-muntah dan cirit-birit selepas membeli makanan di pasar malam berkenaan.
Menurut Ketua Jabatan Sains Sosial, Konsultan Makanan dan Kulinari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Shahrim Karim, peniaga sepatutnya lebih peka terhadap makanan yang dijual terutamanya dari segi kebersihan supaya tidak memudaratkan pembeli.
"Kebersihan pasar malam di negara ini boleh diragukan kerana kita tidak tahu cara penyediaan makanan tersebut lebih-lebih lagi pada masa ini sesiapa sahaja boleh berniaga dengan mudah di pasar malam.
"Jika diteliti, segelintir peniaga tidak mempunyai pengetahuan tentang cara penyediaan makanan yang betul dan sering mengambil mudah dengan apa yang mereka lakukan," katanya.
Ujarnya, atas faktor tersebut, tidak hairanlah jika kejadian keracunan makanan disebabkan memakan makanan di pasar malam kerap berlaku.
Pemeriksaan pihak hospital terhadap 10 sampel najis pesakit di Kuala Terengganu baru-baru ini turut mendapati kesemuanya positif bakteria salmonela.
Oktober tahun lalu, tiga orang maut di Kedah selepas mereka makan ayam masak merah yang dicemari salmonela pada majlis kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani.
Dalam pada itu, Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Makanan UPM, Prof. Dr. Son Radu berkata, salmonela merupakan sejenis bakteria yang mudah merebak di dalam makanan terutamanya jika ia terdedah kepada suhu yang tidak bersesuaian dalam jangka masa yang lama.
"Kebiasaannya salmonela wujud dalam makanan berasaskan ayam dan itik di mana ia boleh membiak sepantas 10 minit jika tidak disimpan di tempat yang betul.
"Saya percaya faktor kebersihan juga menjadi punca yang membawa kematian kanak-kanak lima tahun di Terengganu baru-baru ini," katanya. - KHAIRIYAH HANAFI