Labels

Google+ Followers

Saturday, 27 October 2012

Bahaya Tidur Dalam Lampu Menyala



Bahaya Tidur Dalam Lampu Menyala
Semestinya kita orang dewasa inginkan istirehat dan tidur secukupnya selepas seharian penat bekerja. Kadang-kadang kita terlupa untuk menutup lampu di dalam bilik. Tapi, tahukah anda? Tidur dalam keadaan lampu menyala adalah memudaratkan kesihatan anda.
Para ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas, lampu tidur, lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan penghasilan bahan melatonin di dalam tubuh badan. Dan, anak-anak yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap penyakit leukemia.
Tubuh memerlukan bahan kimia untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.
Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut menyatakan
“Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit, otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan bahan melatonin menurun”.
Jumlah anak-anak yang mengidap leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.
Sebuah persidangan berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.
Hal ini menekan bahawa penghasilan melatonin di mana secara normalnya terjadi antara jam 9 malam sehingga jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah diserang penyakit adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser payudara.
Pada kenyataannya, orang-orang buta tidak terdedah terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.

No comments:

Post a Comment