Labels

Google+ Followers

Saturday, 3 November 2012

.JERING UNTUK MENGUBATI KENCING MANIS



Nama saintifik bagi jering ialah Pithecellobium jiringa. Tidak banyak kajian dilakukan untuk menilai kebaikan dan khasiat perubatan herba ini walaupun dari segi tradisional ia digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit. Saya ada membuat carian dalam Google dan Entrez PubMed tetapi cuma menjumpai beberapa kajian yang dibuat ke atas kucing, tikus dan haiwan lain.

Jering tergolong dalam famili Legumnasea. Ia mengandungi sebanyak 3.5% protein, 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat dan banyak mengandungi kalsium, fosforus, besi, vitamin A, B dan juga C. biasanya biji jering dimakan sebagai ulam.

Jering mempunyai rasa yang pahit dan berbau. Ini menyebabkan golongan muda kurang menyukainya. Tetapi bagi sesetengah orang yang telah lama mengenali jering, rasanya yang sungguh enak terutama sekali apabila dimakan bersama sos ataupun kelapa parut bergula.

Bagi pesakit penyakit kencing manis pula, jering boleh menjadi penawar yang berkesan sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang sedikit. Kerana kandungan sebatian alkoloid di dalam jering mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan. Diperolehi daripada "
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jering"

Menurut kajian sains, sebatian alkoloid dalam jering dapat meneutralkan kandungan gula dalam badan. Apabila memakan jering, kulitnya jangan dibuang sebaliknya direbus dengan air sehingga mendidih. Apabila sejuk minum secawan sehari pada setiap pagi. Begitu juga dengan buahnya hendaklah dimakan bersertakan dengan kulit arinya kerana pada bahagian itulah yang berkhasiat untuk mengubati penyakit kencing manis.

Jering juga dipercayai dapat meransang pembuangan air kecil. Tetapi jika dimakan terlalu banyak ia boleh menyebabkan kesukaran membuang air kecil kerana ia mengandungi bahan toksid iaitu asid jengkolik yang boleh menyumbat pundi kencing.

1 comment:

  1. really like your article. I appreciate your work. i Think people should go through it. Thank you for sharing such a nice information

    runescape gold for sale
    FF14 CD Key

    ReplyDelete