Labels

Google+ Followers

Wednesday, 27 March 2013

Amalan Pemakanan Boleh Dipupuk Di Rumah



Rumah merupakan tempat yang paling baik untuk memupuk amalan secara sihat. Setiap ahli keluarga perlu saling bantu membantu dalam memberi kesedaran tentang kebaikan amalan makan secara sihat. Sikap ibu bapa terhadap pengambilan makanan adalah pengaruh yang penting dalam membentuk tabiat dan pilihan makanan anak-anak.
  
Perkara yang dapat dilakukan untuk menyemai amalan makan secara sihat:
       i.            Mulakan hari anda dengan bersarapan pagi. Ia membekalkan tenaga dan khasiat untuk waktu pagi yang produktif di tempat kerja, sekolah atau tempat bermain.
     ii.            Makan pada waktu yang ditatapkan.
  iii.            Amalkan makan di meja atau di tampat yang dikhaskan.
   iv.            Minum susu,jus buah-buahan atau air kosong.
     v.            Makan makanan segera sekali sekala.
   vi.            Makan buah-buahan sebagai pencuci mulut dan snek. Ini kerana ianya kaya dengan vitamin,garm galian dan serat.

TIPS AMALAN PEMAKANAN YANG SIHAT


Jika kita ingin cemerlang dalam pelajaran, faktor pemakanan haruslah dititikberatkan agar otak kita sentiasa cergas dan cerdas.

Pastikan kita makan mengikut piramid makanan agar tubuh badan sentiasa sihat dan cergas
Makanan seimbang atau gizi seimbang ialah satu tabiat pemakanan yang merangkumi semua jenis kelas makanan dari sumber-sumber seperti bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ikan, kekacang, minyak, dan sebagainya. Seimbang di sini bukanlah bermaksud seseorang perlu makan kuantiti setiap kelas makanan dengan sama banyak. Mengikut piramid makanan, seseorang itu perlu mengambil setiap jenis kelas makanan mengikut kuantiti yang ditetapkan. Piramid makanan itu haruslah dipatuhi untuk mengekalkan kesihatan yang optimum.
Mungkin kaedah di bawah ini dapat membantu anda menjaga kesihatan tubuh badan agar kelihatan sihat dan ceria.
1) Makanlah makanan yang halal dari segi syarak dan punca rezeki yang digunakan untuk membeli makanan.
2) Amalkan memulai makan dengan sekurang-kurangnya “Bismillah” dan menyudahinya dengan “Alhamdulillah”.
3) Jangan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
4) Biasakan rehat makan (puasa Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
5) Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan/minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan.
6) Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
7) Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
8) Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
9) Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
10) Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain-lain pada awal pagi. (Petua orang dulu-dulu ialah mulai makan/minum benda-benda yang belum bermasak pada awal pagi
11) Disyorkan makan nasi sehari sekali sahaja jika tidak bekerja kasar. Pilih lauk yang seimbang dari segi zat dan vitamin.
12) Biasakan makan makanan/minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.
.

No comments:

Post a Comment