Labels

Google+ Followers

Saturday, 21 September 2013

Jaga Gigi



Opss... Muka kacak tapi apabila senyum segalanya memusnahkan penampilanmu yang disangka bak putera itu. Senyuman merupakan perkara paling manis untuk dipandang, apatah lagi gigi yang cantik sering menjadi tumpuan. Namun masalah gigi berkarat boleh menjadi pemusnah buat jejaka apabila mahu memikat. Oleh itu ayuh pelajari tip mudah bagi memastikan gigi kamu sentiasa putih bersinar!

1. Oh tidak pada rokok dan makanan ringan
Elakkan pengambilan makanan ringan, minuman yang mempunyai gula yang tinggi dan jangan sesekali merokok. Gigi akan menjadi kekuningkuningan apabila kamu kerap mengamalkan tabiat sedemikian.

2. Bawang pun boleh!
Sebenarnya bawang mampu menghalang pengumpulan bacteria pada gigi, namun dalam masa yang sama ia juga boleh mengundang nafas berbau. Walau bagaimanapun, ia tidak akan menjadi masalah sekiranya kamu kerap memberusnya setiap hari.

3. Jangan Memberus Gigi Selepas Makan
Jangan berus gigi kamu selepas makan! Pasti kenyataan ini agak bertentangan dengan apa yang kamu ketahui sebelum ini bukan? Kalau benar-benar kamu mahu memberus gigi, biarlah aktiviti itu berlaku 30 minit selepas makan. Ini kerana ia boleh menghilangkan lapisan luar gigi yang amat berharga dan mengakibatkan gigi kamu tidak mampu untuk bertahan lama.

4. Bersihkan Lidah
Pembentukan bakteria pada bawah lidah boleh menjadi punca mulut kamu sentiasa berbau. Cara mudah untuk  mengelakkan masalah ini ialah kamu hanya perlu memberus lidah dengan pemberus khas bagi menanggalkan kesemua bakteria yang terkumpul.

5. Tidak Pada Kafein
Kafein sangat mempengaruhi tahap kebersihan gigi. Kesan kafein ini sebenarnya boleh membuatkan gigi kelihatan kekuning-kuningan. Hanya dengan rawatan pemutihan gigi setiap dua tahun sekali mampu membuatkan gigi kamu kembali bersinar.

6. Simpan Berus Gigi di Tempat Khusus
Ramai yang menyimpan berus gigi di dalam bilik mandi, tetapi tahukah kamu bahawa tabiat ini memudahkan bakteria berkumpul di permukaan berus gigi tersebut? Oleh itu, simpankan berus gigi kamu di dalam kabinet agar ia tidak terdedah dengan masalah ini.

7. Rawatan Pakar
Bagi memastikan gigi kamu terus bersih bersinar, pergilah berjumpa doktor gigi setiap enam bulan. Walaupun ia sesuatu yang remeh, percayalah suatu hari nanti pasti kamu berpuas hati dengan hasil yang bakal kamu terima.

No comments:

Post a Comment