Labels

Google+ Followers

Saturday, 2 November 2013

Resipi : Kentang Salut Tepung



Bahan-bahan:
6 biji kentang
1 cawan tepung jagung
1 biji telur
Air dari peti sejuk secukupnya
Sedikit garam
Sedikit sos cili
Sedikit mayonis
Minyak untuk menggoreng
Cara Menyediakan:
1. Kupas kentang, sebahagiannya dibelah lapan dan sebahagian lagi dipotong keping bulat atau bujur.
2. Rendam dalam air sambil diramas supaya keluar sagunya. Basuh lagi dan tuskan hingga kering, kemudian keringkan dengan tuala kertas yang bersih.
3. Campurkan tepung jagung, garam dan telur. Campurkan sedikit demi sedikit air dalam peti sejuk sambil dipukul perlahan hingga rata dan tidak bergentel.
4. Panaskan minyak, celup kentang dan goreng hingga kekuningan.
5. Hidangkan dengan mayonis dan sos cili.

No comments:

Post a Comment