Labels

Google+ Followers

Saturday, 25 January 2014

Kek Pelangi Kukus Chef Norzailina



KEK PELANGI KUKUS CHEF NORZAILINA
Sumber:  
Yatie Sinar Kehidupanku
Diujirasa :  
Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)

·                     1 cawan mentega

·                     ¾ cawan gula kastor

·                     3 biji telur

·                     ¼ cawan susu pekat

·                     ¼ cawan serikaya

·                     1½ cawan tepung gandum

·                     1 sudu kecil serbuk penaik

·                     1 sudu besar koko

·                     1 sudu kecil vanila

·                     Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga

Cara membuat

1.            Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.

2.            Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.

3.            Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.

4.            Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.

* Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.

 



Kek ni kan, dapat minum pulak dengan teh O panas petang-petang, adeeeii masyuuukk jer...rasanya kalau buat berbuka pun okeh.. ^___^





No comments:

Post a Comment