Labels

Google+ Followers

Saturday, 15 February 2014

Resepi: Kangkung Tumis

 
 
Assalamualaikum dan salam 1 Kangkung
Saya takda apa nak share, cuma nak kongsi resepi Kangkung Tumis 1 Malaysia ni je. Harap bermanfaat untuk seluruh rakyat Malaysia dan pembaca. Tq!
 
 
Bahan-bahan: 
  • 1 ikat kangkung segar
  • 1 tangkai cili merah (nak pedas,bubuh la cili padi ikut citarasa)*
  • 2 ulas bawang merah*
  • 1 ulas bawang putih*
  • Segenggam ikan bilis/udang kering*
  • 1 sudu makan (atau lebih) belacan 1 Malaysia*
  • Garam 1 Malaysia dan perasa(ajinomoto) secukup rasa
  • Minyak masak 1 Malaysia secukupnya untuk menumis
Cara-cara:
  • Potong kangkung mengikut citarasa, bersihkan dan toskan.
  • Bahan2 yg bertanda * ditumbuk hingga hampir lumat.
  • Bila minyak sudah panas,tumis bahan2 yg dah ditumbuk tadi dan kacau hingga naik bau atau sedikit kekuningan.
  • Masukkan garam dan perasa.
  • Kacau sebentar dan masukkan kangkung.
  • Gaul rata dan kacau sehingga masak (jgn terlampau masak, x sedap plak) Bagi yg suka berkuah tu, boleh bubuh sedikit air dan bila kuah dah mendidih padamkan api.
  • Hidangkan segera dengan nasi panas 1 Malaysia..!
Selamat menjamu selera! Kalau suka boleh share, kalau tak suka, jangan makan kangkung. Makan benda lain. Keh3..


No comments:

Post a Comment